Wednesday, October 26, 2011

USIM Juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011




Sejarah tercipta buat Pendebat bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia USIM Buat julung kalinya USIM menjuarai Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011. Kejayaan tersebut dicipta di Dewan CAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM dengan berjaya memikat 7 orang juri dari 9 orang juri yang mengadili pertandingan akhir tersebut meletakkan saingan akhir dari Universiti Teknologi MARA UiTM sebagai naib juara.

USIM diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd Ikhwan Bin Mohd Rosseli, Muhammad Shah Izad Bin Salleh dan Muhammad Irhammudin Bin Ibrahim telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 25 000. Kemenangan USIM di serikan dengan Anugerah Pendebat Terbaik Pertandingan akhir yang disandang Mohd Ikhwan Bin Mohd Rosseli.

Berikut Adalah rekod Perjalanan Debat USIM:

PUSINGAN 1: UMP (kerajaan) vs USIM (pembangkang)

*Dewan Ini percaya kuota 30% ahli akademik antarabangsa akan menjadikan Malaysia sebagai hub Pendidikan dunia.

Juri 3:0, margin 5.33, Usul ditolak. Pemenang USIM, Pendebat Terbaik Ikhwan


PUSINGAN 2: USIM (kerajaan) vs UMS (pembangkang)

*Dewan ini mencadangkan cukai yang tinggi patut dikenakan kepada golongan professional Malaysia yang bekerja diluar Negara.

Juri 2:1, margin 2, Usul ditolak. Pemenang UMS, Pendebat Terbaik Ikhwan, Jufazli, Zila


PUSINGAN 3: UNITEN (kerajaan) vs USIM (pembangkang)

* Dewan ini percaya Pelan transformasi ekonomi perlukan DEB.

Juri 3:0, margin 2.67, usul ditolak, pendebat terbaik ikhwan dan Haziq.


PUSINGAN 4: USIM (kerajaan) vs UIAM (pembangkang)

* Dewan ini melarang penjualan petrol bersubsidi di bandar yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang baik.

Juri 2:1, margin 2, usul ditolak, pemenang UIAM, pendebat terbaik ikhwan, firdaus.


PUSINGAN 5: UMP (kerajaan) vs USIM (pembangkang)

* Dewan ini mewajibkan caruman kepada dana persaraan untuk kakitangan awam, swasta dan persendirian.

Juri 2:1, margin 5 usul ditolak, pendebat terbaik Adam Salam dan Ikhwan.

Berikut adalah Ranking Pasukan setelah 5 pusingan.


Carta Perlawanan menang mara:


Perlawanan SUKU AKHIR:

USIM (kerajaan) vs UMT (pembangkang)

*Dewan ini menyokong pelantikan Naib canselor Universiti melalui pengundian demi autonomi Universiti.

Juri 3:2, Usul diterima, pemenang USIM pendebat terbaik Ikhwan


Perlawanan SEPARUH AKHIR:

UIAM (kerajaan) vs USIM (pembangkang)

* Dewan ini akan mengecilkan saiz kabinet Malaysia.

Juri 5:2, Usul ditolak, pemenang USIM, pendebat terbaik ikhwan, Izad, Ezzah dan Firdaus.

Begitulah rentetan perjuangan USIM dalam mengharungi cabaran Debat Piala Perdana Menteri yang akhirnya berjaya di hadapi.

Jutaan terima kasih diucapka kepada Nib Canselor USIM Dato Dr. Profesor Mohd Muda, Timbalan Naib canselor USIM Dato Profesor Dr. Asin Dollah, Profesor Dr Haji Mohammad Bin Haji Alias, Jurulatih Debat Bahasa Melayu USIM En. Syamsul Amri Bin Ismail dan En. Zaliridzal Zakaria, Pegawai Kelab Debat USIM Puan Zaharah Zainal Abidin, para pendebat USIM, rakan pendebat IPT seluruh Malaysia dan Penyokong USIM.

5 comments:

  1. cabaran dan dugaan mmg besar dlm debat ppm ni. bayangkan kekalahan di peringkt saringan, dan kedudukn pd tanggga ke 5...
    namun , dgn smgt juang yg tingi, smgt ingin tebus kekalahan . akhirnya ......
    USIM boleh!!

    ReplyDelete
  2. Salam,,,, apa perkembangan tema uSim di pertandingan

    ReplyDelete
  3. I assume the admin of this website is truly working onerous in favor of his internet site, since here each data is quality based mostly.sky blue credit repair

    ReplyDelete
  4. Superb way of explaining, and great blog to get wonderful information.online payay loan

    ReplyDelete