Tuesday, September 27, 2011

USIM Johan Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011



Bertempat di dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memahat nama sebagai johan Pertandingan Debat Alam Sekitar untuk kali pertama. USIM yang diwakili oleh Muhammad Irhammudin Bin Ibrahim, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohamad Shah Izad Saleh dan Mohd. Faiz Hussin Shokri membawa pulang wang tunai RM8,000, piala pusingan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta piala iringan.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya muncul johan Debat Alam Sekitar Institusi Pengajian Tinggi ke-21 selepas berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) pada pusingan akhir dengan keputusan juri 6-1, margin 5.5.

Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM1,500, piala Ketua Pengarah Alam Sekitar dan hadiah iringan.

Berikut adalah Perjalanan yang dilalui oleh pasukan USIM:


PUSINGAN 1

USUL : Bencana Alam Mengeratkan Hubungan Antarabangsa

KERAJAAN : USIM PEMBANGKANG : UPNM

KEPUTUSAN : Usul diterima, Pemenang USIM.
MARGIN : 7
JURI : 3-0
PENDEBAT TERBAIK : Ikhwan (USIM)


(Pendebat UPNM)

PUSINGAN 2

USUL : Perjuangan Aktivitis Alam Sekitar Tidak Sia-Sia

KERAJAAN : USIM PEMBANGKANG: UTM

KEPUTUSAN : Usul diterima, Pemenang USIM
MARGIN : 3.33

JURI : 3-0
PENDEBAT TERBAIK : Ikhwan (USIM)
(Pendebat UTM)

PUSINGAN 3

USUL : Loji Jana Kuasa Di Malaysia : Satu Keperluan


KERAJAAN : USIM PEMBANGKANG: UMP


KEPUTUSAN : Usul diterima pemenang USIM
MARGIN : 2
JURI : 2-1
PENDEBAT TERBAIK : Ikhwan (USIM)

(Pendebat UMP)

PUSINGAN 4

USUL : Teknokrat Alam Sekitar Ibarat Tikus Membaiki Labu


KERAJAAN : UIAM PEMBANGKANG: USIM


KEPUTUSAN : Usul ditolak, Pemenang USIM
MARGIN : 4.67

JURI : 3-0
PENDEBAT TERBAIK: Aiman Ariff (UIAM)
(Pendebat UIAM)

PUSINGAN 5

USUL : Teknologi Hijau Tonggak Pembangunan Lestari

KERAJAAN : USIM PEMBANGKANG: UM

KEPUTUSAN : Usul Ditolak, Pemenang UM
MARGIN : 2
JURI : 2-1
PENDEBAT TERBAIK : Azzairi (UM)
(Pendebat UM)

PUSINGAN 6

USUL : Minggu Tanpa Plastik Bukan Jawapan Kepada Isu Pencemaran Alam Sekitar

KERAJAAN : UM PEMBANGKANG: USIM

KEPUTUSAN : Usul Ditolak, pemenang USIM
MARGIN : 2.5
JURI : 2-1
PENDEBAT TERBAIK : Azzairi (UM).

Ranking pasukan setelah melalui 6 pusingan saringan:

Perlawanan Menang mara:

SUKU AKHIR

USUL : Kemiskinan Punca Pencemaran Alam Sekitar

KERAJAAN : UTP PEMBANGKANG: USIM

KEPUTUSAN : Usul ditolak, Pemenang USIM
MARGIN : 3.8
JURI : 5-0
PENDEBAT TERBAIK : Ikhwan(USIM)

SEPARUH AKHIR

USUL : Kuasa Besar Tidak Serius Menangani Pemanasan Global

KERAJAAN : UIAM PEMBANGKANG: USIM

KEPUTUSAN :Usul ditolak, Pemenang USIM
MARGIN : 3.75
JURI : 4-1
PENDEBAT TERBAIK : Ikhwan (USIM)


Terima kasih diucapkan kepada Dato Asin Bin Dollah, Abang Achoy Encik Syamsul Bin Ismail, Puan Zaharah Binti Zainal Abidin, Encik Zaliridzal Zakaria , Ustaz Abdul Manan serta Famili debat Bahasa Melayu USIM..

Moga Kejohanan ini menjadi pembakar semangat untuk Pertandingan-pertandingan akan datang..

2 comments:

  1. tahniah diucapkan kepada abg2 USIM..
    semoga adik2 di SMAH dapat menadi sepeti abang2 dan kakak2 mcmni satu hari nanti...
    ~adik-adik SMAH,IPOH~
    *JGN LUPA KAMI YER..

    ReplyDelete